Monday, August 2, 2010

Muzium Kesenian Islam

Hari ni aku rasa semangat sangat nak 'open topic' pasal semalam. Haha.. Apa tidaknya, semalam aku dengan 3 orang kawan aku pergi ke Muzium Kesenian Islam Malaysia. Sebenarnya bukan la tujuan aku nak jalan-jalan pun. Tapi ini semata-mata nak siapkan 'assignment'. So, pagi2 semalam dalam pukul 11,kami gerak la naik kereta pergi KL. Semua tak tahu tempat tu,tapi ok la sebab tak sesat pun. Mungkin sebab niat baik kot. Haha

So, sampai jer sana kami terus la masuk Muzium tu sebab tak nak la lambat-lambat sangat. Masuk jer dalam tu, memang dahsyat betul la, terpegun aku tengok kesenian Islam. Kalau sesiapa nak tahu, Muzium ni hanya memaparkan kesenian daripada negara-negara dan tamadun Islam sahaja. Aku tengok masjid, kaligrafi, kitab-kitab terdahulu, pakaian, perhiasan, senjata, dan macam-macam lagi la. Apa yang menariknya, semua barang pameran ni memang sangat-sangat cantik dan unik.

Tadi aku lupa nak beritahu, bayaran masuk Muzium ni RM12.00 tetapi kalau 'student' macam aku ni, bayar separuh harga jer RM6.00. Kita jangan la kedekut sangat kan?hehe. Aku yakin bayaran tu, takkan dapat membayar apa yang kita dapat tengok dalam Muzim ni.

Ok la, berbalik semula cerita pasal Muzium ni, apa yang aku tahu pembinaannya adalah atas cetusan dan sumbangan Syed Mokhtar al-Bukhary, jutawan Melayu Malaysia yang pemurah tu. Apa-apapun Muzium ni, memang sesuai untuk kita mengenali dan menghargai kesenian orang-orang Islam. Siapa kata Islam tidak maju dan indah? Siapa kata Islam tidak mempunyai kesenian? Siapa kata Islam mundur dan membelakangkan kesenian?

Di hadapan IAMM

Al-Quran kecil (terpaksa dibaca menggunakan kanta pembesar)

Selipar di Zaman Mughal India

Salah sebuah replika Masjid


Salam kesenian Islam-

0 comments:

Post a Comment